Jumlah Paparan Halaman
Isnin, 5 September 2011
PESANAN UNTUK MUSLIMAT 2
Jumaat, 2 September 2011
PESANKU UNTUK SEKALIAN MUSLIMAT!

wahai sekalian sahabatku kaum muslimat, aku rela dibunuh oleh kamu dengan senapang... daripada dibunuh jiwaku oleh kecantikan kamu.. jika kamu ingin membunuhku maka bunuhlah aku pada waktu subuh semasa aku sedang solat berjemaah di masjid...
itu adalah cita-citaku.. tapi aku merayu kepada kamu dengan sebenar-benar rayuan, jangan bunuh jiwa aku dengan kecantikan fizikal atau gaya kamu..
wahai muslimat, tgn kirimu boleh memenangkan syaitan dan tgn kananmu boleh membuatkan syaitan menangis..
wahai kaum wanita yg diangkat darjat dalam Islam, berdoalah kepada Allah Azza Wajalla, agar kamu tidak menjadi fitnah bagi kaum adam..
sesungguhnya kaum wanita amat mulia di sisi Allah SWT..
Dan angkatlah kedua tanganmu ke langit lalu berdoalah agar kami kaum adam sentiasa diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah supaya bertambah ketaqwaan kami kepada Allah..
dan jika kamu kaum muslimat tidak puas hati kepadaku maka jangan seksa jiwaku dengan angin kerinduan yg kamu tiupkan sehingga aku berasa sangat bersalah terhadap kamu..
telah aku katakan bahawa aku rela menerima tembakan m-16 daripada seorang wanita, daripada aku menerima tembakan kecantikan dirinya...
Khamis, 1 September 2011
HUBUNGAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT
TAK PAYAHLA BUAT FRUST
Rabu, 31 Ogos 2011
NAK TGK LELAKI YANG BETUL2 KUAT IMAN TGK PADA SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Kita telah lama mengahadapi penindasan kaum Yahudi, khususnya saudara-saudara kita di bumi Palestin. Yahudi bukan sahaja merampas dan menceroboh kehormatan Islam di bumi suci tersebut, tetapi mereka sentiasa melebarkan pengaruh mereka ke serata dunia dengan pelbagai cara. Untuk menceritakan mengenai penguasaan yahudi ini, seseungguhnya ia satu yang panjang dan menyakitkan hati kita.
Namun, sebagaimana yang diungkapkan oleh Golda Meir, Perdana Menteri Negara haram Israil (1969-1974):
“kami tidak takut kepada orang-orang Islam sehinggalah mereka solat subuh di masjid sebagaimana mereka solat Jumuat”.
Adakah setelah kita menyedari kesedaran kaum Yahudi ini tentang bahaya solat Subuh berjemaah buat survival mereka, masih patut kita bermalas-malasan. Kalau begitu, jangan bermimpi untuk menewaskan kaum Yahudi.
oleh itu, besok pagi, tolong bangkit awal, pergi masjid, sembahyang subuh berjemaah
KEPENTINGAN MERAPATKAN SAF KETIKA SEMBAHYANG BERJEMAAH
Khamis, 30 Jun 2011
orang yang ingat mati adalah orang yg bijak

sabda Rasulullah SAW: orang yang paling bijak ialah yang paling banyak mengingati mati..
SIAPA MUSUH SEBENAR KITA?
KEKUATAN BUKAN HANYA PADA SENJATA
Menjadi anggota Hamas sama ada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.
Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :
1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.
3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.
6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).
7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.
9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
10) Melazimi zikir harian.
11) Melazimi olahraga atau beriadhah.
12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.
MAKA KERANA PERKARA-PERKARA DI ATAS INILAH, YANG MEMBUATKAN GERAKAN HAMAS MASIH BERGERAK DAN AMAT DIGERUNI OLEH ZIONIST, WALAUPUN PADA MULANYA GERAKAN BERSENJATA HAMAS HANYA MEMILIKI AHLI YANG SEDIKIT BILANGANNYA..
KELEBIHAN ORANG YANG SENTIASA SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ‘’Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.’’ (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
WAHAI MUSLIMIN SOLATLAH SUBUH BERJEMAAH SEPANJANG HIDUP, JANGAN SUBUH GAJAH!!
Sabda Rasulullah S.A.W. :
“Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)

