kalau sapa yang pernah baca blog aku yg bertajuk cintaku pada seorang muslimat, tentu tahu bahawa sememangnya aku adalah seorang lelaki yang pernah frust... tapi persoalannya, macam mana aku kawal perasaan frust aku??? inilah yang aku nak kongsi sikit dengan pembaca-pembaca blog..
sebenarnya aku taklah frust teruk sangat sebab aku berterus terang pada muslimat tersebut dan dia menolak aku dengan cara yang baik... jadi kisah aku taklah seteruk kisah org lain.. tapi oleh kerana aku takdak kerja, maka aku pun tulislah sikit.. hahahaha..
pertama sekali, aku sememangnya redha dengan ketentuan Allah... dengan cara ni akan menghilangkan segala frust kita.. bukankah hidup, mati, dan jodoh serta semua yg terjadi dekat dunia ni Allah dah tentukan?? jadi apa guna kita frust?? dah dia bukan jodoh kita.. terima sajala..
yang kedua, sememangnya aku memang teringat teruk dekat muslimat tersebut... time nak tidur teringat, malah time sembahyang pun teringat juga... bukan teringat apa, teringat sajak-sajak yg dia tulis tentang Allah dan tentang nabi Muhammad SAW.. tapi aku sentiasa berdoa pada Allah supaya boleh melupakan dia jika perkara itu buruk buat aku, dan aku mohon supaya kekalkan sebegini rupa jika perkara ini baik bagi aku dan kalau sekiranya dia jodoh aku..
yang ketiga, aku sentiasa berjalan-jalan, round-round, pusing-pusing sekitar jalan supaya aku boleh lupa orang yg aku cintai itu... bila kita buat macam tu InsyaAllah boleh hilang rasa kecewa dan frust kita...
Dan yg terakhir, kita boleh ambil pengajaran daripada orang yang pernah frust.. ada seorang kawan aku dulu.. bila frust cinta, bunuh diri... takkan kita nak jadi macam dia??? buat biasa saja.. teruskan kehidupan jangan terpedaya dengan penipuan syaitan laknatullah...
ini sahajalah sedikit sebanyak yg aku boleh kongsi dengan hgpa.. sekian, wassalam...
terimalah video ini, lagu yang aku cipta sekali lirik bertajuk: ''kepalsuan cinta''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan