Jumlah Paparan Halaman
Khamis, 30 Jun 2011
orang yang ingat mati adalah orang yg bijak

sabda Rasulullah SAW: orang yang paling bijak ialah yang paling banyak mengingati mati..
SIAPA MUSUH SEBENAR KITA?
KEKUATAN BUKAN HANYA PADA SENJATA
Menjadi anggota Hamas sama ada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.
Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :
1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.
2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.
3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.
4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.
5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.
6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).
7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.
8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.
9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.
10) Melazimi zikir harian.
11) Melazimi olahraga atau beriadhah.
12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.
MAKA KERANA PERKARA-PERKARA DI ATAS INILAH, YANG MEMBUATKAN GERAKAN HAMAS MASIH BERGERAK DAN AMAT DIGERUNI OLEH ZIONIST, WALAUPUN PADA MULANYA GERAKAN BERSENJATA HAMAS HANYA MEMILIKI AHLI YANG SEDIKIT BILANGANNYA..
KELEBIHAN ORANG YANG SENTIASA SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ‘’Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.’’ (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)
WAHAI MUSLIMIN SOLATLAH SUBUH BERJEMAAH SEPANJANG HIDUP, JANGAN SUBUH GAJAH!!
Sabda Rasulullah S.A.W. :
“Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)

