Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 30 Jun 2011

KEKUATAN BUKAN HANYA PADA SENJATA

KEKUATAN DAN KEMENANGAN ISLAM BUKAN HANYA PADA KECANGGIHAN SENJATA.. TETAPI KERANA HUBUNGAN DENGAN ALLAH YANG BAIK. AHLI-AHLI TENTERA HAMAS SEMUANYA DIREKRUT BERDASARKAN KETINGGIAN IBADAT DAN TAQWA MEREKA KEPADA ALLAH AZZA WAJALLA.

BERIKUT MERUPAKAN SYARAT BAGI MEREKA YANG INGIN MENJADI TENTERA HAMAS BRIDGET AL-QASSAM:

Menjadi anggota Hamas sama ada penyokong atau pendokong, sesiapa sahaja rakyat Palestin dibenarkan kerana ianya terbuka kepada umum sebagai ciri-ciri sebuah gerakan Islam yang tidak menghadkan keahlian atau keanggotan kepada kelompok tertentu sahaja. Namun, untuk menjadi anggota sayap ketenteraan Hamas iaitu Brigade Al-Qassam tidak semudah itu kerana ianya memerlukan jiwa-jiwa yang kental dan siap memikul senjata menghadapi Israel.

Selain dari seorang Muslim yang baik, berakhlak, mampu menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan ( sir & hazar ) dan berdisiplin tinggi, pimpinan Hamas meletakkan beberapa criteria khusus untuk seseorang itu layak direkrut sebagai anggota Al-Qassam. Antaranya adalah seperti berikut :

1) Mendapatkan keizinan dari ibu bapa – ini tidak rumit kerana rata-rata ibu bapa di Palestin inginkan anak mereka syahid.

2) Mendapatkan keizinan dari ketua masjid di tempat tinggalnya yang mengesahkan bahawa : selama 3 bulan berturut-turut pemuda ini tidak meninggalkan solat Subuh berjama’ah di masjid.

3) Anggota Hamas dan Al-Qassam bukan sahaja tidak bermaksiat, menghisap rokok pun tidak.

4) Setiap anggota wajib mempelajari Tafsir Al-Qur’an.

5) Setiap anggota wajib membaca Al-Qur’an sehari satu juz’.

6) Setiap anggota wajib menghafaz 40 Hadith Arba’in ( Imam Nawawi ).

7) Melazimi puasa sunat dan bertahajud.

8) Kecerdasan yang tinggi – buktinya anggota mereka yang banyak melakukan akis bom syahid semuanya golongan hafaz Al-Qur’an, ilmuwan dan intelektual Palestin.

9) Melazimi hadir di majlis-majlis pengajian dan halaqah ilmu.

10) Melazimi zikir harian.

11) Melazimi olahraga atau beriadhah.

12) Anggota Al-Qassam adalah mereka yang sudah siap untuk syahid bila-bila dan dimana sahaja tempat yang akan ditugaskan.

MAKA KERANA PERKARA-PERKARA DI ATAS INILAH, YANG MEMBUATKAN GERAKAN HAMAS MASIH BERGERAK DAN AMAT DIGERUNI OLEH ZIONIST, WALAUPUN PADA MULANYA GERAKAN BERSENJATA HAMAS HANYA MEMILIKI AHLI YANG SEDIKIT BILANGANNYA..


(video di bawah : Presiden Hamas Ismail Haniya berucap dengan bersemangat melaungkan: kami tidak akan mengiktiraf Israel!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan